Cubaan pecah rumah gagal, bunyi penggera kejutkan penghuni

6 Aug 2026 • 8:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cubaan pecah rumah gagal, bunyi penggera kejutkan penghuni
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan suspek cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Melawati pada Selasa.

AMPANG – Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Melawati di sini pada Selasa, gagal apabila tindakannya disedari penghuni yang dikejutkan dengan bunyi penggera sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian pada jam 11.30 pagi, salah seorang penghuni yang berada di tingkat atas rumah terdengar bunyi penggera sebelum turun ke tingkat bawah untuk membuat pemeriksaan.

"Penghuni kemudian mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang cuba mengumpil mangga pada pintu di bahagian tepi rumah.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas penghuni menjerit meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Khairul Anuar berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai 'hoodie' berwarna biru dan pelitup muka ketika melakukan perbuatan tersebut.

"Suspek dipercayai memasuki kawasan rumah dengan memanjat pagar sebelum melarikan diri menggunakan sebuah Perodua Myvi berwarna ungu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Menurut beliau, polis turut mengesan rakaman kejadian itu yang tular di aplikasi Threads dan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan serta menangkap suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved