Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

24 May 2026 • 5:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire milik seorang pemain bola sepak kebangsaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah selepas didapati cukai jalan dan perlindungan insurans kenderaan itu telah tamat tempoh.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kenderaan tersebut disita menerusi Ops Luxury yang dijalankan di hadapan Penjara Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah kira-kira jam 11.30 pagi, Khamis lalu.

Menurut beliau, ketika pemeriksaan dijalankan, MPV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan abang ipar kepada pemain bola sepak terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi MPV tersebut telah tamat tempoh sejak 18 November tahun lalu selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

"Pemandu memaklumkan bahawa dia tidak menyedari cukai jalan kenderaan itu telah tamat tempoh,” katanya. 

Beliau berkata, operasi khas berkenaan dilaksanakan bagi memastikan semua pemilik kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya tanpa mengira status dan latar belakang.

Katanya lagi, JPJ Kedah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum. - Getaran, 24 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved