Curam Dan Mencemaskan, Jalan Menuju Ke Jambatan Sempaling, Kapit Undang Kegusaran Netizen

12 Nov 2022 • 4:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kawasan terpencil masih ada jalan yang agak daif dan membahayakan

Curam Dan Mencemaskan, Jalan Menuju Ke Jambatan Sempaling, Kapit Undang Kegusaran Netizen. Sarawak masa kini sememangnya tengah hangat dengan pembukaaan satu per satu jalanraya Pan Borneo. Memang kelihatan gah dan memudahkan pengguna setelah beberapa purnama sebelumnya kita sentiasa menghadapi permasalahan jalanraya yang tidak lancar.

Namun, kemegahan Pan Borneo tidak dapat menutup keadaan realiti di sesetengah kawasan di bahagian terpencil dimana keadaan jalan di kawasan tersebut masih dikategorikan sebagai daif. Bahkan, membahayakan.

image is not available
Curam Dan Mencemaskan, Jalan Menuju Ke Jambatan Sempaling, Kapit Undang Kegusaran Netizen. Sumber gambar: FB Tom Morris

Curam, jalan masih bertanah, licin bahkan tiada keselamatan, netizen gusar melihatnya

Curam, licin, mencemaskan dan merbahaya. Begitulah yang boleh digambarkan jika melihat video rakaman yang dimuatnaik di Facebook Tom Morris apabila di dalam video tersebut menunjukkan keadaan jalan yang dilalui oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda tersebut untuk sampai ke Jambatan Sempaling, Balleh, Kapit.

image is not available
Curam Dan Mencemaskan, Jalan Menuju Ke Jambatan Sempaling, Kapit Undang Kegusaran Netizen. Sumber gambar: FB Tom Morris

Jalan yang masih bertanah tersebut sudah pasti keadaan permukaannya agak licin terutamanya pada musim hujan. Bahkan, keadaan jalan tersebut juga agak curam kerana dapat diperhatikan ianya seperti tanah tinggi yang telah ditarah.

Hal ini telah menjadi kegusaran segelintir netizen kerana jalan tersebut benar-benar berbahaya dan kawasan yang menghampiri jambatan juga sangat terdedah tanpa sebarang keselamatan. Kalau silap sedikit atau memandu dengan kelajuan yang ditingkatkan sedikit, dikhuatiri akan mudah terjatuh ke jurang mahupun ke sungai.

image is not available
Sumber gambar: FB Tom Morris

Diharapkan supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan jalan di kawasan tersebut kerana bukan sahaja kenderaan malah lori juga menggunakan jalan tersebut mungkin atas urusan pekerjaan mereka. Keselamatan mereka sebagai rakyat juga perlu diutamakan.

Kalau di Borneo ni kan, tak sah kalau tiada isu berkaitan dengan jalanraya seperti di dalam artikel dibawah: