
KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026 – Malaysia kini mempunyai dua wakil terbaik untuk dibawa ke pentas antarabangsa selepas Hardly Destruction dan Performance Hauz dinobatkan sebagai dua pembina custom terbaik menerusi program Custom Kings Asia 2026 yang berlangsung di Cars & Coffee, 15 hingga 16 Ogos 2026.


Hardly Destruction muncul sebagai juara Custom Kings Asia 2026 menerusi jentera Harley-Davidson Sportster XL1200 Custom hasil binaan Ayie, manakala Performance Hauz meraih kedudukan 1st Runner-Up dengan karya berasaskan Harley-Davidson Road Glide CVO ST.


Kejayaan ini membolehkan kedua-dua pembina tersebut membawa nama Malaysia ke Asia Harley Days 2026 yang dijadualkan berlangsung di Kanchanaburi, Thailand pada November ini.
Di pentas akhir nanti, Hardly Destruction dan Performance Hauz akan berentap bersama wakil dari negara-negara lain di rantau Asia bagi merebut gelaran Custom King Asia.
Pemilihan wakil Malaysia ini turut memperlihatkan kekuatan dan kreativiti komuniti custom tempatan dalam menghasilkan jentera Harley-Davidson dengan identiti serta sentuhan tersendiri.
Selepas mencuri perhatian di pentas tempatan, cabaran lebih besar kini menanti di Thailand. Mampukah Hardly Destruction dan Performance Hauz membawa pulang gelaran Custom King Asia 2026 dan mengharumkan nama Malaysia?
Jawapannya bakal diketahui di Asia Harley Days 2026, Kanchanaburi, Thailand, November ini.
Teruskan Bersama Two Wheels..!


The post Custom Kings Asia 2026: Hardly Destruction & Performance Hauz Bakal Mewakili Malaysia ke Asia Harley Days 2026 appeared first on TW Media.




