Aina Abdul wakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026

LocalMusic
16 Aug 2026 • 1:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aina Abdul wakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul dipilih mewakili Malaysia pada edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026  yang dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand, pada 14 November ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi program Anugerah Juara Lagu ke-40 yang turut menyaksikan penyanyi Kamu itu membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

Eurovision Song Contest Asia bakal menjadi versi Asia kepada pertandingan muzik Eurovision dan dianjurkan hasil kerjasama European Broadcasting Union (EBU) serta Voxovation.

Edisi sulung pertandingan itu akan berlangsung pada 14 November di Bangkok, dengan peserta dari negara seperti Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos, Bangladesh, Nepal dan Bhutan.

Sementara itu, beberapa negara akan menentukan wakil masing-masing menerusi proses pemilihan kebangsaan yang dijadual berlangsung dalam beberapa minggu akan datang.

Filipina akan mengadakan Philippine Selection Night pada 30 Ogos, diikuti Korea Selatan menerusi Korea’s Next Wave pada 4 September.

Nepal pula dijadual mengadakan Nepal Decides pada 19 September, manakala Laos akan menentukan wakil menerusi Sieng Lao: The One pada 23 dan 24 September.

Thailand seterusnya akan mengadakan Thailand’s Chosen One pada 27 September, manakala Bangladesh dijadual mengadakan Voice of Bangladesh pada 30 September. -UTUSAN

The post Aina Abdul wakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved