Cuti peristiwa jika Selangor juara SUKMA hanya diumum malam esok - Amirudin

23 Aug 2026 • 11:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuti peristiwa jika Selangor juara SUKMA hanya diumum malam esok - Amirudin
Tangkap layar hantaran Facebook Amirudin pada Ahad.

SHAH ALAM - Pengumuman rasmi berhubung cuti peristiwa sekiranya Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 hanya akan dibuat malam esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat bermula jam 8 malam.

"Insya-ALLAH, sebarang pengumuman rasmi berkenaan Cuti Umum Peristiwa (sekiranya ada) hanya akan dibuat pada Majlis Penutup Kejohanan SUKMA 2026 pada 24 haribulan Isnin jam 8 malam nanti.

"Oleh itu sila ambil maklum bahawa poster yang telah tersebar ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosialnya susulan penularan infografik yang mendakwa 24 Ogos diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh Selangor.

Menurut Amirudin, setakat ini, 24 Ogos masih kekal hari bekerja di Selangor sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Selangor akan mempertimbangkan cuti peristiwa sekiranya kontinjen negeri itu berjaya muncul juara keseluruhan SUKMA Selangor 2026.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, perkara berkenaan akan dimuktamadkan selepas keputusan kutipan pingat keseluruhan diperoleh pada malam esok.

Beliau memaklumkan, cadangan cuti peristiwa itu akan dikemukakan kepada Amirudin untuk pertimbangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved