Selangor capai sasaran 80 pingat emas SUKMA 2026

23 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor capai sasaran 80 pingat emas SUKMA 2026

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kontinjen Selangor berjaya mencapai sasaran 80 pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila meraih juara dalam acara e-sukan kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata pasukan dianggotai enam atlet itu berjaya mengalah kontinjen Pulau Pinang dengan mata 3-1, selepas berentap kira-kira lebih 60 minit di Pusat Konvension MPAJ.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur dan berbangga dengan pencapaian 80 pingat emas yang kita unjurkan sebelum berlangsungnya SUKMA. Setakat 2 petang ini, kita dah raih lima pingat emas untuk hari ini.

“Sekarang ada beberapa acara sukan sedang berjalan dan kita jangkakan boleh beri tambahan emas kepada kontinjen. Antaranya renang, muay thai, silambam dan bola tampar yang dilihat boleh bawa prospek emas,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Najwan berkata renang merupakan sukan yang menyumbang pingat emas tertinggi dengan setakat tengah hari ini sebanyak 17 emas direkodkan malah pencapaian itu melepasi sasaran lapan emas.

“Berbaki sehari setengah lagi, kita harap atlet dapat fokus dan memberi aksi terbaik. Kita harap lebih banyak pingat dapat diraih dan bantu Selangor menjadi juara keseluruhan.

“Secara keseluruhan, kita berada pada landasan dalam memburu gelaran juara SUKMA 2026. Bagaimanapun ada 90 acara lagi sehingga esok, jadi memang kita perlukan fokus semua atlet,” katanya.

Sementara itu, Najwan berkata ratu renang Selangor Shannon Tan Yang-Qing berpotensi menjadi olahragawati temasya dwi-tahunan berikutan pencapaiannya yang membanggakan.

“Shannon ada potensi kerana meraih kutipan emas agak banya. Atlet ini berupaya dicalonkan atau disenarai pendek oleh Sekretariat SUKMA,” katanya.

Setakat tengah hari tadi, perenang berusia 16 tahun itu meraih tujuh pingat emas dan tiga rekod SUKMA dan petang ini bakal memburu emas kelapan.

Shannon tampil cemerlang di Pusat Akuatik Selangor dengan menjuarai tujuh acara iaitu 400 meter rampaian individu wanita, 200 meter rampaian individu wanita, 200 meter kuak kupu-kupu wanita, 100 meter kuak kupu-kupu wanita, 4x100 meter rampaian campuran, 4x100 meter gaya bebas wanita dan 4x200 meter gaya bebas wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved