Cuti sekolah 2027 secara rasminya berpandukan Kalendar Akademik Sesi 2027 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di mana sesi persekolahan dijadualkan bermula serentak di seluruh negara pada 4 Januari 2027.
Langkah penyelarasan awal ini bukan sahaja memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah, malah membantu ibu bapa membuat persiapan awal.
Cuti penggal dan hari persekolahan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B mengikut negeri.
Bila Cuti Sekolah 2027?
Berdasarkan Kalendar Akademik Tahun 2027, berikut ialah senarai lengkap cuti penggal dan cuti tambahan perayaan KPM sepanjang tahun 2027:
Kumpulan A:
- Cuti Penggal 1: 5 Mac 2027 – 13 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun: 21 May 2027 – 5 Jun 2027
- Cuti Penggal 2: 27 Ogos 2027 – 4 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan: 3 Disember 2027 – 31 Disember 2027
Kumpulan B:
- Cuti Penggal 1: 6 Mac 2027 – 14 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun: 22 May 2027 – 6 Jun 2027
- Cuti Penggal 2: 28 Ogos 2027 – 5 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan: 4 Disember 2027 – 31 Disember 2027
NOTA:
- Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cuti Tambahan Perayaan:
| Cuti Perayaan | Kumpulan A | Kumpulan B | Catatan |
|---|---|---|---|
| Tahun Baharu Cina • 06.02.2027 (Sabtu) • 07.02.2027 (Ahad) | • 08.02.2027 (Isnin) *Kelantan & Terengganu sahaja • 09.02.2027 (Selasa) • 10.02.2027 (Rabu) • 11.02.2027 (Khamis) | • 05.02.2027 (Jumaat) • 09.02.2027 (Selasa) • 10.02.2027 (Rabu) • 11.02.2027 (Khamis) • 12.02.2027 (Jumaat) | • Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A (Kedah sahaja). • Empat (4) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A (Kelantan & Terengganu sahaja). dan • Lima (5) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B. |
| Hari Raya Puasa • 10.03.2027 (Rabu) • 11.03.2027 (Khamis) | • 14.03.2027 (Ahad) | • Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A. | |
| Hari Raya Korban • 17.05.2027 (Isnin) • 18.05.2027 (Selasa) *Kelantan & Terengganu sahaja | • 16.05.2027 (Ahad) • 18.05.2027 (Selasa) *Kedah sahaja • 19.05.2027 (Rabu) | • 18.05.2027 (Selasa) • 19.05.2027 (Rabu) | • Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A (Kedah sahaja). • Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A (Kelantan & Terengganu sahaja). dan • Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B. |
| Hari Wesak • 20.05.2027 (Khamis) | • 21.05.2027 (Jumaat) | • Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B. | |
| Hari Deepavali • 28.10.2027 (Khamis) *kecuali Negeri Sarawak | • 27.10.2027 (Rabu) | • 27.10.2027 (Rabu) dan • 29.10.2027 (Jumaat) *Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak • 28.10.2027 (Khamis) *Negeri Sarawak sahaja | • Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A. dan • Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B. • Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B (Sarawak sahaja). |
- Perayaan Hari Raya Puasa: 10 & 11 Mac 2027 (Dalam Cuti Penggal 1, Tahun 2027)
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2027 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2027)
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2027 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2027)
- Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2027 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2027)


Kalendar Akademik 2027
Takwim persekolahan dibahagikan mengikut kumpulan negeri seperti berikut:
- Kumpulan A (Kedah, Kelantan, dan Terengganu): Sesi bermula pada 4 Januari 2027 dan berakhir pada 2 Disember 2027.
- Kumpulan B (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, dan WP Putrajaya): Sesi bermula pada 4 Januari 2027 dan berakhir pada 3 Disember 2027.
Rujuk Kalendar Akademik Tahun 2027 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah.


Cuti Perayaan – Jadual Tambahan Cuti Sekolah KPM 2027
Berikut pula ialah jadual lengkap Tambahan Cuti Perayaan yang Diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2027:


Muat Turun Kalendar Akademik Sesi 2027
Sila muat turun kalendar akademik sesi 2027 dalam bentuk PDF di bawah:
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cuti Sekolah 2027
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai sesi persekolahan termasuklah cuti sekolah 2027 di saluran rasmi berikut:
- Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Tidak perlu. Semua tarikh yang dinyatakan di dalam jadual Tambahan Cuti Perayaan KPM (seperti cuti tambahan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban, Hari Wesak, dan Hari Deepavali) adalah cuti rasmi yang tidak perlu diganti oleh pihak sekolah.
Sesi persekolahan Sesi 2027 akan bermula serentak di seluruh Malaysia pada 4 Januari 2027 bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.
Mengapa Sarawak tidak mendapat cuti tambahan pada Hari Deepavali?Hari Deepavali bukanlah hari kelepasan am rasmi di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, mengikut dokumen Lampiran C KPM, sekolah-sekolah di Negeri Sarawak sahaja diberikan Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM pada 28 Oktober 2027 (Khamis).
Bilakah tarikh akhir persekolahan dan permulaan sesi baharu bagi tahun berikutnya?– Kumpulan A: Sesi 2027 tamat pada 2 Disember 2027, dan Sesi 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028.
– Kumpulan B: Sesi 2027 tamat pada 3 Disember 2027, dan Sesi 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028.






