Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari

3 Oct 2026 • 9:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari

PETALING JAYA: Sesi persekolahan tahun 2027 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 4 Januari depan bagi negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan berlangsung dari 4 Januari hingga 2 Disember 2027 manakala Kumpulan B dari 4 Januari hingga 3 Disember 2027.

Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

KPM turut menyelaraskan tarikh cuti perayaan sepanjang sesi persekolahan tahun 2027 yang melibatkan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali.

“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPM menetapkan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.

Katanya, langkah penyeragaman itu bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara.

“Langkah berkenaan juga bagi memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif,” katanya. – UTUSAN

The post Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved