
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 4 Jan hingga 2 Disember 2027, bagi sekolah di negeri Kumpulan A.
Sementara pada 4 Januari hingga 3 Disember 2027, ia berkuat kuasa bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.
“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
“Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B,” kata KPM menerusi kenyataan, semalam.
Menurut kenyataan sama, KPM juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahu 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
“Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara.
“Selain itu, ia memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE
The post Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari appeared first on Kosmo Online.






