Cuti ‘terkepit’ Maulidur Rasul, trafik ke Plaza Tol Gombak sesak

23 Aug 2026 • 9:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cuti ‘terkepit’ Maulidur Rasul, trafik ke Plaza Tol Gombak sesak

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak menghala ke Plaza Tol Gombak malam ini susulan peningkatan jumlah kenderaan.

Keadaan itu dipercayai turut dipengaruhi pertambahan kenderaan susulan cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul pada Selasa ini.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat pukul 8.06 malam, trafik bergerak perlahan arah barat dari Kilometer (KM) 24.5 hingga ke Plaza Tol Gombak.

Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di lebuh raya berkenaan sehingga KM21.6, sebelum beransur lancar apabila memasuki kawasan Genting Sempah hingga ke Plaza Tol Bentong.

Sementara itu, peningkatan trafik turut direkodkan di beberapa lebuh raya utama lain termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan E1 arah selatan dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim.

Bagi E2, trafik bergerak perlahan arah utara dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Sedenak ke Kulai.- KOSMO! ONLINE

The post Cuti ‘terkepit’ Maulidur Rasul, trafik ke Plaza Tol Gombak sesak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved