Cuti umum Thaipusam & Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari

31 Dec 2025 • 12:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan akan disambut pada 1 Februari 2026 sebagai cuti kelepasan am.

Menurut kenyataan rasmi, Cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah wajib diberikan kepada semua pekerja sektor swasta yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras dengan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti.

“Memandangkan Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, maka majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin),” tulis kenyataan itu.

Baca juga:

Tambah kenyataan itu lagi, majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am.

“Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana seksyen 60D(1A),” katanya.

Selain itu, pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji cuti am seperti yang ditetapkan dalam seksyen 60D(3) Akta 265.