Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am berkenaan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Februari.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

"Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan pada 2026 jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin.

"Sementara itu, majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti, tertakluk kepada persetujuan pekerja, selaras dengan Subseksyen 60D(1A) akta sama.

"Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3),” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved