Jenama-Jenama Komputer Riba Besar Mula Menggunakan Memori CXMT Untuk Pasaran Luar Amerika Syarikat

WorldTechnology
5 Aug 2026 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal tahun ini, kami telah melaporkan bahawa jenama-jenama komputer riba terkemuka seperti ASUS, Acer, Dell, HP dan sebagainya telah mula menguji penggunaan komponen memori keluaran syarikat cip memori China, iaitu ChangXin Memory Technologies atau CXMT untuk komputer-komputer riba mereka.

Terkini, ia telah dilaporkan oleh Nikkei Asia bahawa fasa ujian tersebut telahpun berakhir, dan syarikat-syarikat teknologi perkomputeran ini telahpun mula menggunakan komponen memori (LPDDR5, LPDDR5X) untuk digunakan pada sejumlah kecil penawaran komputer riba mereka untuk pasaran di luar Amerika Syarikat.

Image from: Jenama-Jenama Komputer Riba Besar Mula Menggunakan Memori CXMT Untuk Pasaran Luar Amerika Syarikat

Acer merupakan satu-satunya syarikat yang telah menjawab pertanyaan Nikkei Asia berkenaan perkara ini dengan mengatakan bahawa syarikat tersebut berbincang dengan banyak syarikat pengeluar komponen di seluruh dunia, dan tidak mengiyakan atau menidakkan laporan bahawa mereka menggunakan komponen memori tersebut.

Penggunaan komponen memori CXMT merupakan suatu isu yang agak sensitif khususnya untuk syarikat-syarikat yang berdagang di Amerika Syarikat, kerana ia telah dikenalpasti oleh pihak Pentagon bahawa ia mempunyai pertalian dengan pihak ketenteraan negara China.

Dalam pada itu, jangkaannya juga ialah jenama-jenama komputer ini tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka dengan syarikat-syarikat pengeluar memori gergasi sedia ada kerana majoriti bekalan jenama-jenama ini masih lagi bergantung kepada syarikat-syarikat tersebut.

Sumber: Nikkei Asia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved