Dadah: 4 ditahan di Lahad Datu

12 Jul 2025 • 9:30 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Empat lelaki ditahan dalam beberapa operasi di sekitar bandar Lahad Datu atas kesalahan memiliki dan menyalah guna dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau, berkata kesemua suspek berusia antara 32 hingga 45 tahun itu ditahan menerusi Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun di kawasan berhampiran Jalan Pantai kira-kira jam 10.40 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 0.14 gram.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Jimmy berkata, kira-kira jam 3.45 petang, dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun ditahan selepas dilihat merayau-rayau dalam keadaan mencurigakan di Kampung Puyut.

“Pemeriksaan menemukan dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 0.28 gram dan dua keping aluminium foil daripada salah seorang lelaki itu.

“Ujian kencing juga menapati salah seorangnya positif amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Dalam tangkapan terakhir kira-kira jam 4.30 petang, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan ketika berkelakuan mencurigakan di tepi jalan Jalan Kastam Baru.

“Hasil pemeriksaan menemukan 27 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.51 gram disorokkan dalam sebuah kotak rokok.

“Ujian kencing mendapati suspek juga positif amphetamine dan methamphetamine. Suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.