Dadah ‘bolos’ dalam tahanan? Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman -“Tak benar! Kita ada SOP, peraturan…”

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 7:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa banduan boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah ketika menjalani hukuman di penjara.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi penjara.

Menurut beliau, Jabatan Penjara sentiasa berusaha mengekang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni menerusi kawalan keselamatan serta program pemulihan.

“Tidak benar. Kita ada SOP dan peraturan kita untuk mengekang perkara-perkara negatif yang tidak baik.
“Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang didakwa,” katanya ketika sidang akhbar pada Isnin.
Image from: Dadah ‘bolos’ dalam tahanan? Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman -“Tak benar! Kita ada SOP, peraturan…”

Kredit Foto: Harian Metro

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Yasin mendakwa dadah masih memasuki penjara walaupun pemeriksaan keselamatan ketat dikenakan terhadap banduan baharu.

Menurut Yasin, beliau diarahkan menanggalkan pakaian dan menjalani pemeriksaan berulang ketika tiba di Penjara Sungai Buloh, namun mendakwa langkah berkenaan masih tidak dapat menghalang peredaran dadah di dalam penjara.

Image from: Dadah ‘bolos’ dalam tahanan? Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman -“Tak benar! Kita ada SOP, peraturan…”

Menerusi audio siar, Yasin mendakwa memang banyak dadah dalam penjara walaupun semua SOP sudah dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Mohamad Rosidek menjelaskan pihak penjara memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kawalan, malah usaha pemulihan bagi menangani perkara negatif yang boleh menjejaskan penghuni.

“Kita dalam konteks kepenjaraan, fokus pada program pemulihan. Kita akan cuba atasi perkara-perkara yang negatif yang sedang berlaku di penjara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sebarang salah laku yang dikesan akan ditangani dan tindakan sewajarnya diambil mengikut peraturan ditetapkan.

Mohamad Rosidek turut memaklumkan SOP berkaitan kawalan keselamatan dan pengurusan penjara dikaji secara berperingkat bagi memastikan ia sentiasa ditambah baik.

“Jabatan Penjara berusaha memastikan perkara-perkara negatif, salah laku dan sebagainya kita tangani serta ambil tindakan.
“Setiap tahun kita akan cuba ketatkan SOP dan akan kaji peringkat demi peringkat,” katanya.

Sumber: YouTube AididitMyWay, Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved