“Daddy balik kan esok?” 

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2026 • 7:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: “Daddy balik kan esok?” 

PETALING JAYA: “Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy.”

Itu antara kata-kata pilu seorang anak kecil yang masih menanti kepulangan bapanya, Kapten Zainol Afiq selepas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, semalam.

Luahan itu dikongsikan menerusi hantaran di Threads oleh isteri Zainol, @izzatisyamimi bersama pesanan menyentuh hati buat anaknya.

“Sofia, mommy daddy sayang Sofia. Mommy pun masih berharap yang daddy akan balik. Kita kena kuat. Anak-anak mommy semua kuat,” katanya dalam akaun media sosial itu.

Zainol merupakan juruterbang nahas helikopter FDS di Long Lellang yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu dan mengorbankan kesemua lima individu yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pesawat dilaporkan terhempas dan terbakar di hujung landasan STOLport Long Lellang.

Tragedi itu turut mengorbankan pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang dilaporkan mempunyai hasrat untuk menyambung pengajian bagi menjadi doktor pakar.

Kejadian berkenaan mengundang kesedihan khususnya dalam kalangan keluarga mangsa yang kini terpaksa berdepan kehilangan insan tersayang secara mengejut.

Bagi keluarga, kepulangan yang dinantikan bukan lagi membawa bersama insan tersayang, sebaliknya berita duka yang sukar diterima.-UTUSAN

The post “Daddy balik kan esok?”  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved