Ramai anak perantauan sanggup meninggalkan kampung halaman demi mencari rezeki di ibu kota. Namun, tidak semua mampu menahan rindu terhadap keluarga dan suasana kampung yang jauh lebih tenang berbanding hiruk-pikuk bandar.
Itulah yang diluahkan oleh seorang wanita dari Sabah, yang berkongsi hasrat untuk kembali ke negeri kelahirannya selepas menetap di Kuala Lumpur selama empat tahun.
Menerusi satu hantaran di TikTok, pemilik akaun @fittmail meluahkan keinginannya untuk hidup dalam suasana yang lebih tenang dan mendambakan peluang untuk kembali menetap di negeri di bawah bayu.
Wanita itu yang mempunyai pengalaman empat tahun dalam bidang pencipta kandungan (content creator), mengakui dia kini terdesak untuk berpindah pulang, namun masih mencari tempat kerja yang mampu menawarkan gaji setimpal dengan pengalamannya.
- China rancang haramkan filem Hollywood, balas ancaman tarif Trump
- Kematian Zayn Rayyan mencurigakan, bukan kes lemas biasa – Pakar forensik
- ‘Sekolah tinggi tapi gaji rendah’ – Pemuda terkilan dikritik tetapi tidak menyalahkan ibunya
- Trump kenakan tarif 104% ke atas China, harga iPhone mungkin naik lebih RM10,000!
- Duit raya bertukar emas, dua beradik pilih sendiri untuk ibu
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pendapat masing-masing, ada yang memahami kerinduannya, namun tidak kurang juga yang menyentuh realiti di Sabah yang tidak semestinya menjanjikan kehidupan lebih tenang.
“Kawan saya pula dah taknak balik Sabah dah. Saya cakap sana best apa. Ada pantai ada sungai ada gunung. Ketenangan. Dia reply saya ‘gaji kecik, kos sara hidup sama macam KL pun, sama ja tak tenang’,” kongsi seorang netizen.
Beberapa warganet turut bersetuju dengan pendapat wanita terbabit, namun mengakui bahawa faktor gaji yang rendah di Sabah memaksa mereka terus mencari rezeki di Semenanjung walaupun berjauhan dari keluarga dan kampung halaman.
The post ‘Dah 4 tahun kerja di KL’ – Wanita Sabah luah rindu nak balik kampung tapi gaji jadi penghalang appeared first on The Reporter.




