
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berbuat baik merupakan salah satu perkara yang sentiasa dituntut dalam setiap agama walau dalam apa keadaan sekalipun.
Apa yang lebih menyentuh hati, adakalanya bantuan yang dihulurkan itu dapat meringankan beban individu yang benar-benar dalam kesusahan.
Meskipun ia hanya pertolongan kecil, namun besar maknanya buat mereka yang menerima bantuan berkenaan bahkan anda mungkin diharap wira di hati mereka.
Yelah tak semua wira memakai mantel, cukup dengan hati yang jujur dan ikhlas untuk melakukan kebaikan.
Peniaga tak ambil upah betulkan motosikal rider rosak
Baru-baru ini, seorang lelaki yang menjalankan perniagaan membaiki motosikal di jalanan telah meraih perhatian ramai apabila membetulkan motosikal tanpa mengambil sebarang upah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Minyak Hitam Jalanan di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menunggang motosikal untuk berjumpa dengan pelanggan yang juga rider penghantar makanan kerana mengalami motosikal rosak di tepi jalan.
Sebaik sahaja sampai di kawasan berkenaan, kelihatan rider terbabit sudah menunggunya di bahu jalan. Tanpa berlengah mekanik jalanan yang popular di media sosial itu terus melakukan kerjanya untuk memperbetulkan motosikal.
Malah kelihatan dia mengambil peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja tersebut.
Rider awalnya nak bayar sebelum mekanik maklumkan ada orang infak
Sebaik selesai membuat kerja untuk membetulkan bearing spoket motosikal itu, kelihatan rider tersebut membuka akaun bank pada telefon bimbitnya untuk membuat transaksi.
Namun mekanik itu segera memaklumkan dia tidak perlu membayarnya kerana sudah ada individu yang menginfakkan sejumlah wang untuk membantu rider penghantar makanan yang tersadai atas jalan.
“Tak yah bayar bang, dah ada orang infak. Serius, abang doakan bisnes saya maju jaya okay,” katanya.
Rider offer nak bagi duit minyak
Kelihatan rider itu tersenyum mendengar perkara tersebut, dan menawarkan untuk memberikan duit minyak kepada mekanik tersebut.
Namun ia ditolak dengan baik dan memintanya menjaga keselamatan sebelum mereka berpisah untuk meneruskan perjalanan masing-masing.
Di ruang kapsyen, mekanik itu turut menceritakan bagaimana dia boleh berjumpa dengan rider berkenaan.
“Cerita semalam (25 Jun) petang dalam pukul 5.30 petang. Masa tu aku dah lambat nak pergi Taman Kota Petaling Jaya sebab dekat sana aku buat servis dan pelanggan aku dah sampai tunggu aku nak tukar minyak hitam dan aku dapat satu panggilan dari abang Panda ni.
“Abang panda: Assalamualaikum abang, boleh tolong ke bearing spoket motor saya pecah dekat Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ni, saya dalam perjalanan nak balik kerja abang. Abang boleh ke tolong saya?” kata rider itu.
Guna duit infak betulkan motosikal sebab ada yang beri khas untuk bantu rider makanan
Malah dia turut memaklumkan sudah menghubungi beberapa kawan namun mereka sedang sibuk dan menjumpai nombor mekanik di TikTok.
“Aku pun tak fikir banyak, aku pusing balik pergi dekat abang ni dan duit-duit orang yang infak ada lagi dan aku dah siap kerja baru aku bagitahu jangan bayar sebab dah ada orang infak untuk rider-rider makanan, semoga yang infak dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin, dalam rezeki kita insya-Allah ada rezeki orang lain,” ujarnya.
@minyakhitamjalanan_ Cerita semlm ptg dalam pukol 5.30, Mase tu aku dah lambat nak gi taman kota PJ sebab dekat sane aku buat SERVIS & customer aku dah sampai tunggu aku nak Tuka minyak hitam, & aku dapat satu call dari abg panda ni.. Abg panda: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke bearing spoket motor saya pecah dekat LDP ni, saya otw nak balik kjer abg.. boleh ke tolong saya? 🧑🔧: w'asalam abg, abg bagi location & gambar motor saya cube datang abg.. Abg panda: baik abg, kawan² saya call semua dorg bz abg, saya bukak tiktok nampak video abg, itu saya cube ni abg.. " Aku pun tak pkir banyak, aku pusing balik pegi dekat abg ni & duit² org yg infaq ade lagi & aku dah siap kjer baru aku bagi tahu jgn byr sebab dah ade org infaq untuk ride² food, semoga yang infap di permudahkan urusan dunia dan akhirat amin ³⁰🤲 dalam rezeki kita insyallah ade rezeki org lain❤️" #fyp #masukberandafyp #alhamdulillah ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Ramai puji dan titipkan doa buat orang infak serta peniaga kerana amanah
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan menitipkan doa buat individu yang memberi infak.
Malah ada yang sempat menyedari rider berkenaan juga tidak mempunyai wang yang banyak sewaktu dia membuka akaun bank untuk membuat transaksi.
Bukan hanya itu ada memuji sikap mekanik amanah dalam memberikan infak kepada orang yang sepatutnya.
“Weh balance dia 🥺, semoga dimurahkan rezeki sentiasa untuk pejuang keluarga”

“Terbaik bos, tolong orang dan business maju. Owner tinggal dalam akaun RM35 je tu. Allahu sebak saya dan ekonomi sara hidup tinggi”

“Selalu tolong orang dalam susah apa lagi tolong orang yang cari rezeki, semoga abang dan keluarga murah rezeki, sihat selalu bang.”

“Semoga yang infak pada abang, mereka serta abang dilimpahkan rezeki..”




![Peniaga Popia Tak Lokek Kongsi Tips Dengan Peniaga Makanan Sama Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)