Peniaga Popia Tak Lokek Kongsi Tips Dengan Peniaga Makanan Sama Raih Pujian [Video]

LocalFood
26 Jun 2025 • 3:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika perasan, kebanyakan peniaga khususnya peniaga makanan sering menjual produk atau makanan yang sama.

Apa yang membezakan hidangan itu adalah dari segi rasa dan harga yang dikenakan terhadap pelanggan.

Jika sedap dan kena dengan citarasa ditambah pula harga murah, pastinya akan menarik lebih ramai orang untuk membeli.

Malah, tips dan rahsia yang digunakan untuk menghasilkan hidangan tersebut pastinya tidak akan dikongsikan kepada orang lain.

Pelanggan Tanya Peniaga Popia Tentang Stok Kulit

Namun, lain pula dengan peniaga popia ini yang dilihat langsung tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelanggannya.

Lebih menjadi perhatian, pelanggan itu juga sebenarnya merupakan seorang penjual kuih popia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh peniaga berkenaan di @rosizwanarifin, dia didatangi oleh seorang pelanggan yang bertanyakan tentang kulit popia jualannya.

Melalui perkongsian itu, kedengaran pelanggan berkenaan bertanyakan kepada peniaga itu sama ada dia menjual kulit popia tersebut.

Namun, peniaga itu menjelaskan mereka tidak menjual kulit popia yang dibuat sendiri.

Peniaga Tak Kedekut Ilmu, Saran Peniaga Belajar Buat Kuih Popia

Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga itu dilihat terus berkongsikan ilmu dan nasihat kepada pelanggannya tentang kulit kuih tradisional kegemaran ramai itu.

“Kalau nak meniaga, abang saya supply (bekal) la, kulit popia abang saya. Kalau abang nak belajar buat kulit pun boleh dengan dia, abang roger je dia.

“Dia ada buka kelas, elok belajar bang. Belajar bang, benda tu banyak permintaan sebenarnya.

“Peniaga popia ni kurang tapi peminat dia ramai. Elok belajar, buat lama-lama pandai, yang penting minat,” katanya.

Malah, dia turut menyarankan kepada pelanggannya itu agar mencari slot yang sesuai bagi mengikuti kelas pembuatan kulit popia berkenaan yang hanya dijalankan di Klang, Selangor.

@rosizwanarifin

Popiah ni ramai peminat dia, tapi penjual je yang kurang. Sebab apa, sebab malas nak buat kulit 🤣 #fyp #popiah #shahalam

♬ original sound – HouseofPopiah Giant 13 – HouseofPopiah Giant 13

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Peniaga Tak Lokek Kongsi Rahsia Tempat Buat Kulit Popia

Video yang telah mendapat lebih 685,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji sikap peniaga berkenaan yang langsung tidak kedekut ilmu yang diperolehinya.

Mereka berpendapat jarang untuk menemui peniaga sebegitu yang sanggup berkongsi dengan peniaga lain yang menjual barang sama.

Manakan tidak, kebanyakannya pasti akan menyimpan segala tips dan petua asalkan tidak ditiru oleh orang lain memandangkan itu senjata rahsia bagi sesebuah perniagaan.

Ada juga segelintir pengguna media sosial yang mendoakan agar peniaga kuih popia itu dipermudahkan urusan atas kebaikkannya kepada orang ramai.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Berniaga Macam Ni La Bagus, Bukan Asyik Tak Puas Hati Je, Persaingan Itu Sihat Sebenarnya”

image is not available

“Suka Tengok Orang Kongsi Ilmu Macam Peniaga Ini, Tersentuh Hati”

image is not available

“Syukur Sangat Tengok Peniaga Tak Kedekut Ilmu Macam Ni”

image is not available

“Tak Kedekut Ilmu Betul Bro Ni, Tapi Popia Dia Serius Sedap”

image is not available

Source: