“Dah angkat tangan…” – Tak Berhenti Beri Laluan Pelajar Melintas, Pak Guard Sepak Kereta Alza

Entertainment
5 Jul 2024 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Demi menjamin keselamatan pelajar ke sekolah, pengawal keselamatan dilantik untuk membantu pelajar ketika menyeberang jalan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Seperti yang semua ketahui, kenderaan perlu dibawa perlahan jika lalu di kawasan sekolah terutama ketika waktu pelajar melintas jalan.

Namun, insiden yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa tidak semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ini.

Menerusi video yang tular di media sosial, sebuah kereta Perodua Alza disepak seorang pengawal keselamatan yang mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah.

Pemandu dilihat tidak memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada pelajar yang mahu melintas jalan meskipun pengawal keselamatan itu telah pun memberi isyarat dengan mengangkat tangan.

Dalam video itu juga, suasana kelihatan tegang apabila pemandu Alza tadi memberhentikan kenderaanya selepas insiden tendang dan keluar bersemuka dengan pengawal keselamatan itu.

Rata-rata netizen yang melihat insiden itu mengkritik tindakan pemandu Alza kerana bersikap tidak bertimbang rasa dan menganggap layak dilakukan sebegitu.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial berkongsi satu tangkap layar mesej perbualan berhubung insiden tersebut.

Pengawal keselamatan yang terlibat dalam insiden itu tampil menjelaskan kejadian sebenar selepas videonya menjadi tular.

“Saya bertugas kawalan lalu lintas. Allahuakbar, tak sangka pula terus viral.

“Saya bertugas macam biasa, bila pelajar nak lintas saya terus angkat tangan untuk hentikan kereta yang datang sebab murid sesi petang ni, walaupun baru dekat tangga diorang terus lari je.

“Tapi kereta tu terus je, perkara berlaku spontan, saya pun tak sangka,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga berpesan dan perlu cakna peraturan yang ditetapkan jika memandu di kawasan sekolah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Haih… Nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.