Tak beri laluan murid melintas? Kereta Alza disepak pengawal sekolah

5 Jul 2024 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu video memaparkan sebuah kereta Alza disepak pengawal sekolah susulan Alza kerana tidak memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah sekolah.

Menerusi satu perkongsian di X, @update11111 telah memuat naik rakaman dashcam memaparkan pengawal keselamatan yang bernama Mohd Shairazi yang sedang menjaga lalu lintas di hadapan sekolah.

Kereta Alza disepak pengawal sekolah

Mohd Shairazi telah memberikan isyarat kepada pemandu Perodua Alza untuk memberhentikan kenderannya untuk memberi laluan kepada murid perempuan yang mahu melintas jalan.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut tidak memberhentikan kenderannya disamping meneruskan pemanduannya lalu membuatkan pengawal keselamatan itu berang.

Tak beri laluam, kereta Alza disepak pengawal sekolah

image is not available

Mohd Shairazi menendang kenderaan tersebut ketika dia melalui pengawal keselamatan itu, barulah pemandu Perodua Alza itu berhenti dan keluar daripada kenderannya.

Pemandu Perodua Alza itu kemudian bertekak dengan Mohd Shairazi manakala murid perempuan yang cuba melintas tadi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Mohd Shairazi yang juga merupakan Ketua Pengawal Keselamatan di sekolah itu telah tampil menjelaskan kejadian sebenar selepas videonya menjadi tular.

image is not available

“Saya bertugas kawalan lalu lintas. Allahuakbar, tak sangka pula terus viral.

“Saya bertugas macam biasa, bila anak Ustaz Hafiz nak lintas saya terus angkat tangan untuk hentikan kereta yang datang sebab murid sesi petang ni, walaupun baru dekat tangga diorang terus lari je.

“Tapi kereta tu terus je, perkara berlaku spontan, saya pun tak sangka,” katanya.

Penjelasan kereta Alza disepak pengawal sekolah

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan Mohd Shairazi kerana pemandu Perodua Alza itu tidak mengikut peraturan ketika memandu di kawasan sekolah.

Payah sangat ke nak berhenti?

image is not available

Lalu kawasan sekolah kena utamakan murid dulu

image is not available

Seeloknya, lalu depan sekolah buat macam baru belajar memandu

image is not available

Dah kena suruh berhenti, kenapa terus jalan?

image is not available

Haih, pemandu Perodua Alza kena ambil kelas KPP 1 balik ni, perlu belajar semula!

Sumber: X @update11111