“Dah Beli Rumah Baru..” – Diusik Ahli ‘Running Man’, Kim Jongkook Beri Pesanan Buat Bakal Isteri

5 Feb 2024 • 11:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sepertinya Kim Jong-kook bakal menamatkan zaman bujnagnya tak lama lagi?

Ketika siaran “Running Man” baru-baru ini, ahli-ahli muncul dengan pakaian kasual sebelum memulakan perlumbaan baru mereka. Seperti biasa, mereka menilai pakaian masing-masing dan apabila tiba giliran Kim Jong-kook, Haha tiba-tiba bertanya,

Awak dah ada kekasih ke?

Terkejut dengan soalan yang tidak berkaitan, Kim Jong-kook bertindak balas,

Kenapa kamu bercakap tentang kekasih?

image is not available

Sejurus itu, kesemua mereka mula menyebarkan khabar angin bahawa lelaki berbadan sasa tersebut sedang menjalinkan hubungan kini. Kata Ji Suk-jin,

Dia tak pernah cakap yang dia tiada kekasih. Dia akan berkahwin nanti. Katanya, Jong-kook sedang mencari rumah baru.

Apabila disuruh meninggalkan pesanan untuk bakal isterinya, Kim Jong-kook tanpa berlengah memesan,

Sila tunggu lebih lama sedikit (untuk berkahwin).

Agak-agak dah ada calon ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.