“Semua Mengadu..” – Pengarah Dedah Ahli ‘Running Man’ Ini Paling Kuat Merungut

5 Feb 2024 • 12:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dah 13 tahun ‘berlari’, pastinya kesemua ahli “Running Man” dan pihak produksi sudah ‘masak’ dengan perangai masing-masing.

Dalam siaran terbaru ‘GYM JONGKOOK’, Kim Jong-kook telah mengumpulkan kesemua pengarah yang bertanggungjawab menguruskan “Running Man” dan bersembang bersama mereka.

Antara soalan yang ditanya kepada pengarah utama Choi Hyung-in ialah ‘ahli mana yang sering merungut jika berjalan jauh?’. Tanpa ragu-ragu, dia terus memandang Kim Jong-kook dan kedua mereka tertawa besar,

Kami selalu menyemak jarak masa. Maknanya dari Gangnam, kerana kebanyakan ahli berada dekat di sana. Malah pengarah yang muda akan ke tempat itu sendiri untuk mengenal pastinya.

image is not available

Jelas Kim Jong-kook,

Tak, apabila ke mana-mana, kami selalu terfikir sama ada perlu pergi sejauh ini. Bukan saya saja, tapi ahli lain pun bercakap mengenai perkara yang sama.

Malah Kim Jong-kook sempat bergaduh mengenai perancangan pengarah untuk merakam episod akan datang di Yangpyeong untuk menyambut kepulangan Ji Suk-jin.

Biasalah, masing-masing dah berusia kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.