Dah Macam Filem Era 80-an, Wanita Malaysia Tergamam, Kongsi Keadaan Langit Bertukar Oren Di Kalimantan

LocalEnvironment
17 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dah Macam Filem Era 80-an, Wanita Malaysia Tergamam, Kongsi Keadaan Langit Bertukar Oren Di Kalimantan

Kebiasaannya bila tengok filem lama seperti awal 80-an dan 90-an mesti video seakan menggunakan filter kerana kurang jelas.

Itulah yang realiti yang kini terpaksa dihadapi oleh seorang warga Malaysia yang berkongsi keadaan di Pontianak, Kalimantan Barat akibat jerebu.

Seakan berada di planet lain sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, dengan persekitaran langit bertukar warna oren kemerahan.

Nampak Macam Video Lama Tapi Sebenarnya Sekarang

Image from: Dah Macam Filem Era 80-an, Wanita Malaysia Tergamam, Kongsi Keadaan Langit Bertukar Oren Di Kalimantan

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @imasya92, memaparkan keadaan jerebu ekstrem yang melanda kawasan di negara seberang itu.

Bangunan-bangunan dan pokok di sekeliling seakan-akan kabur akibat jarak penglihatan yang terhad, dilitupi asap tebal.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian warga maya, malah ada yang menyangka bahawa video berkenaan diambil pada puluhan tahun dahulu.

"Gila betul terus jadi warna zaman 90an," komen seorang pengguna.

Kongsinya, ketika video berkenaan diambil pada dua hari lalu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 980.

"Saya orang Malaysia berada di Kalimantan sekarang.. bacaan IPU hari ini 980" - Wanita Malaysia

Image from: Dah Macam Filem Era 80-an, Wanita Malaysia Tergamam, Kongsi Keadaan Langit Bertukar Oren Di Kalimantan

Lebih teruk, dia mengakui bahang jerebu berkenaan terasa sampai di dalam pasar raya.

Sebahagian warganet turut tidak dapat membayangkan bagaimana penduduk di sana menjalani kehidupan seharian ketika jerebu berkenaan melanda.

"Ya Allah teruknya.. takde warna dah kehidupan ni," seloroh seorang pengguna.

"Teruk nyaa.. Macam mana laa keadaan hospital di sana.. Mesti penuh.. Malaysia pun ramai budak-budak sakit," tulis seorang pengguna.

"Gila 980, yang baru masuk 200 ni semalam pun dah rasa tak bernafas," komen seorang lagi.

Kebakaran Hutan Di Indonesia Dijangka Berlarutan Hingga November

Sebelum ini, Menteri Kehutanan Indonesia, Raja Juli Antoni berkata kebakaran hutan dan tanah dijangka terus berlaku di negara itu sehingga Oktober atau awal November 2026, lapor Kompas.

Beliau turut meminta kerjasama masyarakat bagi membantu mencegah kejadian kebakaran daripada terus berulang.

Baca juga:

“Perkara paling penting ialah penyertaan masyarakat. Saya mohon perkara ini disampaikan kepada masyarakat melalui pihak media. Ancaman kebakaran ini dijangka masih berterusan sehingga Oktober atau awal November,” katanya di Kompleks Parlimen, Senayan, Jakarta pada Rabu.

Selain 1,437 titik panas dikesan di seluruh negara itu ketika jerebu rentas sempadan merebak ke negara jiran.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved