Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Sebenarnya agak menakutkan juga apabila kita mendegar kes serangan siber yang terjadi di negara Eropah kerana bukan sahaja individu, ekonomi negara juga boleh terjejas.
Kalau sebelum ini kita kerap mendengar tentang ‘scam’ panggilan telefon kononnya daripada pihak berkuasa, kali ini taktik melalui e-mel pancingan data (phishing) pula dikesan semakin berani menyasarkan orang ramai.
Artikel berkaitan : Bukan Sekadar Curi Data, Ganggu Bekalan Makanan! Ini 12 Negara Yang Dilaporkan Jadi Sasaran Serangan Siber
Artikel berkaitan : Bekalan Makanan Boleh Terganggu! Peti Sejuk Beku Puluhan Pasar Raya Di Eropah Bertukar Panas Akibat Serangan Siber
Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh seorang pengguna akaun Threads, wanita tersebut berkongsi pengalaman cemas apabila peti masuk e-mel miliknya dibanjiri ratusan emel palsu berkaitan percukaian.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, folder e-mel miliknya dipenuhi dengan puluhan emel berturut-turut yang menggunakan subjek rasmi seperti “Tax Supporting Documents”, “Tax Compliance Documentation Review”, dan “Semakan Rekod Percukaian”.


Lebih mencurigakan, e-mel tersebut turut memaparkan notis rasmi palsu lengkap dengan lampiran fail yang meminta penerima menekan pautan atau memuat turun fail berkenaan kononnya untuk semakan rekod.

Bagaimanapun wanita ini tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor scammer tersebut. Menurutnya, alamat dan domain pelayan (domain server) e-mel yang digunakan penghantar jelas meragukan dan bukannya daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyedari tindakan tersebut dan menggesa agar tidak membuka sebarang pautan yang ada. Bahkan ada juga yang kongsikan perkara yang sama terjadi kepada mereka.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





