
Dah Mula 1 Julai, Pengecualian Caj RM1 ATM Antara Bank Berjalan Lancar
Pengecualian fi RM1 bagi pengeluaran tunai di mesin ATM yang berkuat kuasa bermula 1 Julai berjalan dengan lancar.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam kenyataan bersama berkata inisiatif itu dilaksanakan sebagai langkah industri perbankan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Selain itu, ia juga meningkatkan akses dan kemudahan perkhidmatan perbankan harian untuk semua rakyat Malaysia.
Fahmi Jelaskan Kenapa Masih Ada ATM Kenakan Fi RM1
‘Tok Ayah’ Hadiahkan Kitab Tauhid Kepada Steven Sim
"Pengecualian fi ini terpakai kepada ATM yang dikendalikan oleh bank-bank di seluruh negara. Fi standard masih boleh dikenakan apabila menggunakan ATM bukan bank.
"Langkah ini mencerminkan visi lebih luas dalam membina sistem kewangan yang lebih inklusif dan mudah diakses, iaitu sistem yang mengutamakan keperluan harian rakyat.
"Industri perbankan melalui ABM, AIBIM dan ADFIM bekerjasama rapat dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat segera kepada rakyat," kata kenyataan itu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pengecualian fi ini, anda boleh merujuk saluran komunikasi rasmi bank masing-masing, termasuk laman web, aplikasi perbankan mudah alih atau pusat hubungan pelanggan.





