Pengecualian Caj RM1 Hanya Terpakai Bagi ATM Milik Bank Tempatan

LocalPersonal Finance
3 Jul 2026 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Caj RM1 untuk pengeluaran wang di ATM bank lain telah dimansuhkan sejak 1 Julai yang lalu. Maka, penggunaan mana-mana mesin ATM yang dikendalikan oleh bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain membolehkan anda mengeluarkan wang daripada akaun lain tanpa dikenakan caj tambahan. Ini termasuklah contoh situasi di mana anda mempunyai akaun CIMB tetapi membuat pengeluaran di ATM Maybank.

Image from: Pengecualian Caj RM1 Hanya Terpakai Bagi ATM Milik Bank Tempatan

Namun, perlu ditegaskan bahawa pengecualian ini hanya terpakai untuk ATM yang dikendalikan oleh bank tempatan sahaja. Jika anda menggunakan mesin yang bukan dikendalikan oleh bank misalnya ATM di kedai serbaneka atau seumpamanya, caj biasa RM1 masih boleh dikenakan kerana bukan sebahagian daripada rangkaian bank tempatan.

Cara mudah untuk mengenal pasti perkara ini ialah dengan melihat paparan pada mesin itu sendiri. Mesin yang dikendalikan oleh bank biasanya hanya memaparkan logo dan nama satu bank sahaja. Sebaliknya, mesin yang bukan dikendalikan oleh bank tempatan lazimnya memaparkan banyak logo bank serentak. Dengan cara ini, anda boleh membezakan sama ada mesin tersebut termasuk dalam pengecualian caj atau tidak.

Maybank ATM

Dalam hal yang sama, jika anda masih dikenakan caj RM1 di ATM yang dikendalikan oleh bank tempatan selepas tarikh 1 Julai, maka disarankan untuk membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) supaya tindakan susulan dapat diambil terhadap bank berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved