Dakwaan Abdul Hadi: Polis Buka Kertas Siasatan

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 10:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dakwaan Abdul Hadi: Polis Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa beliau pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam.

Beliau berkata siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini, PDRM telah menerima 12 laporan polis berhubung isu tersebut dan 12 saksi telah dirakam percakapan, manakala rakaman percakapan Abdul Hadi juga akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan keseluruhan proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Baca juga:

“Masyarakat turut digesa supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS semasa lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada 2014, dengan pihak asing itu didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Semalam, Kedutaan AS menerusi hantaran di laman Facebook rasminya menegaskan bahawa negara itu tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia dan menyifatkan sebarang kenyataan yang mendakwa sebaliknya sebagai palsu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved