Dakwa dihalau di KLFW, ‘Tolong semak tujuan tetamu’ – Azrel Ismail

10 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dakwa dihalau di KLFW, ‘Tolong semak tujuan tetamu’ – Azrel Ismail

PETALING JAYA – “Sejujurnya, aku memang tak berapa minat pergi fashion show.”

Itu luahan pelakon Azrel Ismail selepas mendakwa pasukannya dihalau ketika menghadiri acara KLFW x Suria KLCC atas urusan menghasilkan kandungan.

Aktor berusia 42 tahun itu berkata, hal sebegitu tidak sepatutnya berlaku andai kakitangan penganjur menyemak maklumat serta tujuan kehadiran tetamu terlebih dahulu.

Katanya, kedatangan ke acara berkenaan bukan hanya untuk menyaksikan pertunjukan fesyen, malah mereka mempunyai komitmen kerja yang memerlukan pasukannya berada bersama bagi memastikan penghasilan kandungan berjalan lancar.

“Hari itu pun (datang) sebab ada komitmen dengan KLFW x Suria KLCC. Malangnya, team aku kena halau sebab salah seorang wakil wanita tak tahu kami datang untuk konten.

“Jadi, tolonglah semak dengan betul siapa yang datang dan atas urusan apa sebelum sesuka hati halau orang,” katanya dalam hantaran di Threads.

Menurut Azrel, kejadian tersebut mengecewakan kerana mereka sanggup meluangkan masa dan berdepan cuaca panas semata-mata demi memenuhi komitmen kerja.

“Orang bukan teringin sangat nak datang, tunggu panas-panas semua itu. Banyak lagi benda lain yang orang boleh buat dengan masa mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Cinta Buat Emelde itu memberikan pujian terhadap pengurusan pihak KLFW yang mengambil tindakan pantas selepas isu berkenaan dibangkitkan.

Katanya, pengasas KLFW sendiri menghubunginya secara peribadi selain bertemu dengannya untuk meminta maaf atas insiden yang berlaku.

“Tapi kredit tetap diberikan kepada pihak yang sepatutnya. Selepas saya membangkitkan isu ini kepada pihak KLFW, pengasas sendiri mesej saya dan datang berjumpa terus semata-mata untuk memohon maaf.

“Saya sangat menghargai perkara itu. Sejujurnya, benda ini bukanlah masalah besar kalau saya datang sekadar untuk menikmati pertunjukan. Saya pun takkan bawa satu pasukan, mungkin seorang PA (pembantu) sahaja.

“Tapi kali ini memang ada komitmen content. Jadi, sudah tentu saya sangat mementingkan kualiti dan memerlukan team saya berada di sana untuk menghasilkan kerja dengan baik,” ujarnya.

Edisi ke-14 acara fesyen tahun itu tahun ini berlangsung pada 3 hingga 9 Ogos lalu di Esplanade, Taman KLCC yang menghimpunkan 50 pereka dan jenama tempatan. – KOSMO! ONLINE

The post Dakwa dihalau di KLFW, ‘Tolong semak tujuan tetamu’ – Azrel Ismail appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved