Pelakon Azrel Ismail meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pasukannya dihalau ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Azrel berkata kejadian berlaku apabila salah seorang kakitangan acara didakwa tidak mengetahui bahawa dia bersama pasukannya hadir atas urusan kerja dan komitmen menghasilkan kandungan.

“Sejujurnya, aku memang tak berapa minat pergi fashion show. Hari itu pun sebab ada komitmen dengan KLFW x Suria KLCC. Malangnya, team aku kena halau sebab salah seorang wakil wanita tak tahu kami datang untuk content. Jadi, tolonglah study dengan betul siapa yang datang dan atas urusan apa sebelum sesuka hati halau orang.”
“Orang bukan teringin sangat nak datang, tunggu panas-panas semua itu. Banyak lagi benda lain yang orang boleh buat dengan masa mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Azrel turut memberikan kredit kepada pihak KLFW kerana mengambil tindakan segera selepas perkara tersebut dibangkitkan.

Menurutnya, pengasas KLFW sendiri menghubunginya secara peribadi dan datang berjumpa untuk memohon maaf atas insiden yang berlaku.
“Tapi, kredit tetap diberikan kepada pihak yang sepatutnya. Selepas saya membangkitkan isu ini kepada pihak KLFW, pengasas sendiri mesej saya dan datang berjumpa terus semata-mata untuk memohon maaf.”
“Saya sangat menghargai perkara itu. Sejujurnya, benda ini bukanlah masalah besar kalau saya datang sekadar untuk menikmati pertunjukan. Saya pun takkan bawa satu pasukan, mungkin seorang PA sahaja.”
“Tapi kali ini memang ada komitmen content. Jadi, sudah tentu saya sangat mementingkan kualiti dan memerlukan team saya berada di sana untuk menghasilkan kerja dengan baik,” jelasnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dah Macam Britney Spears Malaya" - Enot Terus Dikritik Selepas Kongsi Video ‘Goyang’, Netizen Persoal Kapsyen Main Nama Tuhan
The post “Tak Hamak Nak Datang” – Pelakon Lelaki Kecewa Dihalau Dari Menghadiri KLFW2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



