
Seorang lelaki yang mengakui dirinya pakcik kandung kepada pelakon, Hafidz Roshdi telah tampil bersuara meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Shuhada.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh bapa saudara pelakon terbabit yang dikenali sebagai Adlan di Instagram, dia tidak bersetuju dengan perkongsian Shuhada di media sosial tentang kesihatan mental yang dihidapi cucu saudaranya yang turut meletakkan sekali pautan perniagaan.
Lelaki berusia 50 tahun itu menegaskan pihak keluarga mereka tidak menyokong sebarang bentuk kesalahan, tetapi memilih untuk kongsikan di media sosial adalah tidak betul.
“Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial.”
Dia mendakwa Shuhada menyentuh perihal anak-anak yang menjadi ‘kelemahan’ buat Hafidz yang dilihat seakan sengaja mencabar dan membuat provokasi kepada pihak keluarga mereka.
“Uncle berdiam diri selama ini, kerana uncle telah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.”
Dia juga memberi amaran kepada Shuhada supaya tidak merumitkan keadaan dengan menjadikan anak-anak pelakon itu sebagai cara membalas dendam dan melepaskan amarah.
“Ingat pesanan uncle. Kamu dah triggered uncle. Pada hari ini dan mulai hari ini, semua tindak balas bergantung kepada kamu. Cuma kamu perlu tahu, uncle mempunyai 11 mukasurat bersamaan 4350 patah perkataan bagi membuatkan kamu duduk, bermuhasabah diri. Kamu pilih,” tulisnya.
Menerusi hantaran berasingan, Adlan juga memuat naik beberapa tangkap layar Insta Story Shuhada yang menceritakan perihal kesihatan mental dan gelagat anak-anaknya sambil mempromosikan perniagaan sebagai salah satu bukti yang akan dianalisis untuk rujukan.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



