Dakwaan Irene Sofiya Diseret Dari Surau Ke Tempat Kejadian Adalah Tidak Benar – Fadhlina

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 1:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dakwaan Irene Sofiya Diseret Dari Surau Ke Tempat Kejadian Adalah Tidak Benar – Fadhlina

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kejadian yang menimpa seorang pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang ditemui lemah sebelum meninggal dunia di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu (3 Oktober) lalu nyata mendapat perhatian ramai pihak.

Di sebalik tragedi menyayat hati itu, timbul spekulasi di media sosial mendakwa mangsa yang berusia 16 tahun itu diseret dari surau ke dewan sekolah.

KPM Nafi Dakwaan Irene Sofiya Diseret Dari Surau Ke Tempat Kejadian

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan tular mendakwa Irene Sofiya diseret dari surau sekolahnya ke tempat kejadian.

Malah, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek turut menafikan dakwaan bahawa cermin surau yang pecah mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Jelas Fadhlina, semua perkara tersebut adalah tidak benar dan dia meminta agar orang ramai berhati-berhati dalam berkongsi sesuatu perkara.

“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa murid bawah umur sedang melalui proses siasatan.

“Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Fahdlina Enggan Dahului Siasatan PDRM, Akan Segera Laksanakan Perkara Bawah Tanggungjawab KPM

Berkongsi perkembangan terkini mengenai insiden terbabit, Fadhlina menjelaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan serta beberapa murid telah ditahan termasuk seorang yang direman.

“Saya tidak mahu mendahului siasatan PDRM, dan tidak boleh menjatuhkan hukuman di luar proses undang-undang.

“KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya, dan apa saja maklumat diperlukan pihak polis, akan kita serahkan,” katanya.

Tegas Fadhlina lagi, tindakan susulan daripada pihaknya akan segera dilakukan khususnya bagi perkara yang berada di bawah tanggungjawab KPM.

Perkara tersebut termasuklah keselamatan sekolah, disiplin, sokongan psikososial dan berkaitan pengurusan sekolah.

Fadhlina Arah Aspek Keselamatan Diperiksa Secara Menyeluruh

Malah, Fadhlina turut mengarahkan aspek pengurusan dan keselamatan di sekolah terbabit turut diperiksa secara menyeluruh.

Ia termasuklah kawalan keluar masuk, kamera litar tertutup (CCTV), rondaan, pematuhan SOP keselamatan dan pelaksanaan tugas syarikat keselamatan ketika hari kejadian.

“Syarikat kawalan keselamatan dilantik KPM mempunyai skop kerja dan obligasi kontrak jelas, termasuk kawalan keluar masuk, rondaan di kawasan ditetapkan serta pematuhan kepada jadual dan tugasan ini secara keseluruhan.

“Bagi syarikat kawalan keselamatan sekolah ini, semakan sedang dibuat terhadap rekod rondaan dan pelaksanaan tugas pada hari kejadian.

“Jika terdapat pelanggaran terhadap skop kontrak, tindakan boleh diambil berdasarkan terma ditetapkan termasuk notis ketidakpatuhan, tindakan kewangan dan penamatan kontrak jika syaratnya dipenuhi,” ujarnya.

KPM Gerak Pasukan Psikososial Bantu Mereka Yang Terkesan

Pada masa sama, Fadhlina menjelaskan KPM juga telah menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu keluarga, rakan, murid serta pihak sekolah yang terkesan dengan insiden berkenaan.

“Pegawai psikologi dan kaunselor akan terus bersama mereka mengikut keperluan. Kita perlu faham bahawa kesan kejadian tidak berakhir apabila perhatian media berakhir.

“Ada anak-anak dan warga sekolah memerlukan masa dan sokongan untuk kembali menjalani rutin mereka,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Peluk Fiya Sambil Ajar Ucap Kalimah Syahadah” – Nenek [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Akan Terus Berjuang Agar Anak Saya Mendapat Keadilan” – Bapa [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved