“Rasanya mereka ada kawan lain”- Rakan Sangkal Dakwaan Irene Sofiya Bercinta Dengan Suspek

5 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft rakan irene

Dakwaan yang mengaitkan Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, dengan suspek yang direman bagi membantu siasatan kes kematiannya sebagai pasangan kekasih dinafikan rakan-rakan sekolah mangsa.

Menurut seorang pelajar yang enggan dikenali, Irene Sofiya dan suspek sememangnya merupakan rakan sekelas. Bagaimanapun, kedua-duanya jarang dilihat bersama ketika berada di sekolah.

Artikel berkaitan : Tiada Elemen ‘Cover-Up’, Polis Dedah Punca Kematian Irene Sofiya

Artikel berkaitan : Fadhlina Dedah Dewan Sekolah Tiada CCTV, Nafi Irene Sofiya Diseret Dari Surau

“Sepanjang di sekolah tidak nampak pula seperti mereka bercinta atau salah seorang daripada mereka suka antara satu sama lain. Kerana kalau dilihat mereka ada kawan rapat masing-masing, mereka ada pasangan sendiri.”

“Tetapi saya tidak tahu jika di sebaliknya salah seorang daripada mereka ada menyimpan perasaan terhadap pihak lain, cuma di sekolah memang tiada anggapan mereka bercinta atau dakwaan seperti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Seorang lagi pelajar sekolah berkenaan turut menafikan dakwaan bahawa Irene Sofiya dan remaja lelaki yang kini direman itu mempunyai hubungan cinta.

Screenshot 2026 10 05 160410

Katanya, walaupun dia tidak sekelas dengan kedua-duanya, dia mengenali mereka dan sering bertegur sapa ketika berada di sekolah.

“Saya tidak tahu mereka bercinta kerana rasanya mereka ada kawan lain. Walaupun saya bukan satu kelas bersama mereka tetapi kami agak rapat juga sering bertegur dan bertanya khabar di sekolah.”

“Namun apa yang saya tahu, mangsa memang pelajar yang baik dan juga calon anugerah pelajar. Kami sedih apabila membaca tuduhan-tuduhan di media sosial, walaupun kami tidak tahu perkara sebenar yang berlaku ketika kejadian tetapi kedua-duanya orang baik,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, dan dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad, memaklumkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tubuh badan.

Sumber : Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved