Dakwaan JCorp terlibat kebakaran hutan Indonesia palsu – Onn Hafiz

LocalEnvironment
29 Oct 2026 • 6:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dakwaan JCorp terlibat kebakaran hutan Indonesia palsu – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan insiden kebakaran hutan di negara berkenaan.

Beliau berkata, dakwaan itu serius memandangkan JCorp merupakan sebuah institusi pelaburan milik kerajaan negeri.

“Saya ingin tegaskan, jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan memutar belit fakta sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah JCorp terlibat dalam kejadian kebakaran hutan tersebut.

“JCorp telah menjelaskan menerusi kenyataan rasmi bahawa JCorp dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya tidak memiliki atau mengendalikan sebarang ladang di luar Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, Kulim (Malaysia) Berhad melalui anak syarikatnya telah melupuskan kepentingan dalam lima syarikat perladangan di Indonesia pada tahun 2007.

“Seterusnya, Kulim turut melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam dua syarikat lain di Indonesia pada 6 Julai 2023.

“Justeru, dakwaan mengaitkan JCorp dengan pemilikan atau pengendalian operasi semasa syarikat-syarikat berkenaan serta kejadian kebakaran tersebut adalah palsu dan mengelirukan,” katanya.

Beliau turut memberitahu sebarang kenyataan perlu berlandaskan fakta dan bukti yang sahih.

“Kerajaan negeri Johor akan terus mempertahankan integriti, kredibiliti dan reputasi negeri daripada sebarang tuduhan yang tidak berasas,” katanya.-UTUSAN

The post Dakwaan JCorp terlibat kebakaran hutan Indonesia palsu – Onn Hafiz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved