Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan SPRM direhatkan

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 10:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan SPRM direhatkan
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 digesa agar direhatkan sementara daripada tugas rasmi

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 digesa agar direhatkan sementara daripada tugas rasmi bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.

Ahli perniagaan dikenali Affendy berkata, langkah berkenaan perlu dipertimbangkan bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara bebas dan telus tanpa menimbulkan keraguan masyarakat terhadap integriti institusi penguatkuasaan.

Menurutnya, dibimbangi sekiranya pegawai yang berdepan dakwaan serius itu masih menjalankan tugas seperti biasa, keadaan berkenaan boleh menimbulkan persoalan mengenai kebebasan siasatan.

"Langkah ini bukan bermaksud beliau telah didapati bersalah.

"Sebaliknya penting bagi melindungi integriti siasatan dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan," katanya menerusi laporan polis yang dibuat pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 oleh seorang pegawai kanan SPRM.

Siasatan berkenaan dilaporkan melibatkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SPRM turut menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti semula dakwaan itu susulan arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, bagi memastikan integriti suruhanjaya berkenaan terus terpelihara serta keyakinan masyarakat terhadap institusi antirasuah negara tidak terjejas.

Dalam pada itu, Affendy turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan kerajaan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta telus, selain memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai perkembangannya setakat yang dibenarkan undang-undang.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved