Dua pegawai penguat kuasa antara lima individu direman rasuah RM1 juta kes pekerja asing

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 2:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua pegawai penguat kuasa antara lima individu direman rasuah RM1 juta kes pekerja asing

PUTRAJAYA: Dua pegawai agensi penguat kuasa persekutuan antara lima individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada sebuah agensi pekerja asing.

Tiga lagi individu ialah ejen pekerja asing yang meminta dan menerima rasuah itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja asing di bawah seliaan agensi tersebut.

Perintah reman selama lima hari sehingga 1 November 2026 terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Dhilip Nair A/l R.N. Atchuthan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pagi tadi.

Kelima-lima suspek yang terdiri daripada tiga lelaki, dua daripadanya merupakan pegawai agensi penguat kuasa persekutuan serta dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu telah ditahan antara pukul 10 pagi dan 4 petang semalam dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Selangor dan Johor.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2025 dan sebanyak 44 transaksi pindahan wang secara dalam talian bernilai kira-kira RM1 juta telah berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) dan 16(b)(B) Akta SPRM 2009. Siasatan kes ini adalah bermula daripada operasi yang dibangunkan oleh Bahagian Perisikan SPRM. – UTUSAN

The post Dua pegawai penguat kuasa antara lima individu direman rasuah RM1 juta kes pekerja asing appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved