Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, JPJ menjelaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah palsu dan disebarkan menerusi akaun Facebook yang menyerupai sumber berita rasmi.

Kandungan tersebut menggunakan tajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu’ serta memaparkan imej beberapa pegawai JPJ ketika satu sidang media.
“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ.”
Susulan penularan kandungan berkenaan, JPJ memaklumkan pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil.
Semakan di media sosial turut mendapati dakwaan sama dikongsikan oleh beberapa pengguna lain menggunakan imej yang memaparkan pegawai JPJ pada satu sidang media.
Imej tersebut kemudiannya disertakan dengan tajuk berhubung cadangan membenarkan Rohingya mengambil lesen memandu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
JPJ dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum dapat dipastikan kesahihannya. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Sudut Pandang CCTV Buat Jadi Kontroversi" - KP Selangor Nafi Lindungi Pencuri Kabel
The post Dakwaan Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu Adalah Palsu – JPJ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





