JPJ nafi dakwaan cadang benarkan etnik Rohingya ambil lesen memandu

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JPJ nafi dakwaan cadang benarkan etnik Rohingya ambil lesen memandu
JPJ menafikan dakwaan kononnya Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu dan telah melaporkan kandungan berkenaan kepada MCMC.

PUTRAJAYA -  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan kenyataan yang disiarkan menerusi sebuah akaun Facebook bertajuk "JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?”, didakwa menyerupai berita rasmi.

Susulan itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

"JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti," menurut JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Semakan di akaun Facebook berkenaan didapati hantaran itu yang dimuat naik 12 jam lepas masih belum dipadam setakat 9.15 pagi ini, dengan lebih 1,800 komen dan 325 perkongsian.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved