JPJ lapor MCMC! Nafi dakwaan cadangan benarkan Rohingya ambil lesen memandu

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan bahawa pihaknya bercadang membenarkan golongan Rohingya mengambil lesen memandu seperti yang tular di media sosial.

Image from: JPJ lapor MCMC! Nafi dakwaan cadangan benarkan Rohingya ambil lesen memandu

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, dakwaan berkenaan disebarkan menerusi akaun Facebook Along Auto Parts dengan tajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu”, yang disifatkan menyerupai berita rasmi jabatan itu.

“JPJ menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Along Auto Parts dengan tajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu’, menyerupai berita rasmi,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana individu atau pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan orang ramai.

Image from: JPJ lapor MCMC! Nafi dakwaan cadangan benarkan Rohingya ambil lesen memandu

Jabatan itu berkata, tindakan berkenaan juga berpotensi menjejaskan kredibiliti JPJ sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan pengangkutan jalan.

Susulan penyebaran kandungan tersebut, JPJ memaklumkan laporan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil.

“Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan,” menurut JPJ.

Artikel lain: Polis tegaskan jangan ambil tindakan sendiri berhubung isu Rohingya!

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum dapat dipastikan kesahihannya, selain merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved