JPJ lapor MCMC nafi benar Rohingya ambil lesen memandu

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 12:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini.

JPJ dalam kenyataan menafikan dakwaan tular itu dan menyerahkan kepada MCMC bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap penyebaran kandungan berkenaan.

Katanya, kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook Along Auto Parts dengan tajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu’ adalah palsu dan menyerupai berita rasmi.

“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ.

“Laporan kepada MCMC sudah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan,” katanya.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Orang ramai diminta sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih,” jelasnya.

Terdahulu, semakan di media sosial mendapati dakwaan sama turut dikongsikan pengguna lain dengan menggunakan imej memaparkan beberapa pegawai JPJ dalam satu sidang media. – UTUSAN

The post JPJ lapor MCMC nafi benar Rohingya ambil lesen memandu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved