“Dalam beg saya ada…” – Jaslinda Dedah Bagaimana Dia Tunai Solat Ketika Sesat 14 Hari Dalam Hutan

24 Jun 2026 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

jaslinda solat dalam hutan

Kehilangan pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih, Tapah menjadi bualan masyarakat apabila wanita itu ditemui selamat selepas 14 hari sesat dalam hutan.

Ramai yang menantikan perkongsian lanjut mengenai pengalaman Jaslinda sepanjang tempoh sukar di dalam hutan tebal seorang diri.

Antara perkara yang membuatkan ramai tertanya adalah bagaimana Jaslinda menunaikan solat lima waktu sepanjang tempoh sukar tersebut.

Menjawab persoalan tersebut, Jaslinda mengesahkan bahawa dia tidak meninggalkan kewajipan umat Islam itu.

Amalan itu menjadi pegangan utama buatnya sepanjang berdepan detik mencabar tanpa bekalan mencukupi untuk terus bertahan hidup.

Menurut Jaslinda, dia ada membawa botol spray yang mengandungi air untuk berwuduk serta menggunakan kompas kiblat sebagai arah kiblat untuk menunaikan solat.

“Solat ni antara kita dengan Allah. Dalam beg saya ada spray air dan kiblat solat (kompas kiblat). Siapa pernah hiking dengan saya tahulah,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Jaslinda menjelaskan kompas kiblat itu sukar digunakan untuk menentukan arah kiblat atau menjadi penunjuk arah keluar dari hutan atas faktor bentuk muka bumi serta keterbatasan alatan tersebut.

“Sebenarnya untuk keluar (hutan) susah pakai kompas tu, saya solat pun ada tak pakai kompas sebab bentuk muka bumi tu buat saya tak boleh follow.

“Saya solat ikut cara saya, maksudnya saya menunaikan solat secara jamak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Jaslinda ditemui selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh kira-kira 3 petang pada 6 Jun lalu.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved