Pelakon Norman Hakim menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat anak perempuannya, Maria Danisha Hakim yang genap berusia 18 tahun.
Menerusi hantaran di Instagram, Norman mengakui masa berlalu begitu pantas dan meskipun Danisha kini sudah semakin dewasa, anak perempuannya itu tetap dianggap sebagai ‘baby’ di matanya.
AdvertisementView this post on Instagram
“How time flies… my Baby is officially 18 today! Walaupun Baby makin dewasa, in my eyes, you will always be my little girl.”
Menurut Norman, usia 18 tahun bukan sekadar menandakan pertambahan usia, sebaliknya menjadi permulaan kepada perjalanan baharu untuk Danisha mengenali kehidupan, mengejar impian serta membina masa depannya sendiri.
Norman turut memberi jaminan bahawa dirinya akan sentiasa berada di belakang anaknya meskipun tidak dapat menemani setiap langkah yang bakal dilalui.
“Papa may not be able to walk every path with you, but I’ll always be right behind you.”
Dalam masa sama, Norman berpesan agar Danisha tidak terlalu mengejar kesempurnaan, sebaliknya sentiasa berbuat baik, menjaga maruah dan hati serta meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam setiap perkara.
View this post on Instagram
“Papa tak minta Baby jadi sempurna. Just be kind, protect your dignity and your heart, stay strong through every challenge, and always put Allah first in everything you do.”
Dia turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa melindungi Danisha, memimpin setiap langkahnya dan menghadirkan insan yang ikhlas menyayanginya.
Norman kemudian mengakhiri ucapan dengan menegaskan bahawa tidak kira sejauh mana anaknya membesar, Danisha tetap akan menjadi puteri kesayangannya.
“No matter how grown-up you become or how big your world gets, dalam dunia Papa, you will always be my Baby.”
“Happy 18th Birthday cayang ‘tompet cumbat’ papa. Papa loves you… always & forever,” tulisnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Mama, Abah Sakit Ke Meninggal Jangan Datang.." - Ucapan Hari Lahir Abby Abadi Buat Anak Jadi Tumpuan, Akui Menyesal Nikah Dengan Norman Hakim
The post “Dalam Dunia Papa, You Will Always Be My Baby” – Norman Hakim Titip Pesanan Istimewa Buat Danisha Genap 18 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





