Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat anak perempuannya, Maria Danisha Hakim yang genap berusia 18 tahun.
Namun, ucapan tersebut turut disertakan dengan luahan hati Abby yang mendakwa dirinya terkilan dengan hubungan bersama anak-anaknya sehingga mengakui sudah ‘hilang rasa’.
Advertisement“Terima kasih menjadi anak Mama utk 18tahun ini. Taktahu nk tulis apa, sbb hati Mama dah hilang rasa sebenarnya.”
Menurut Abby, sejak anak-anaknya masih kecil, dia berusaha memberikan kehidupan yang selesa walaupun mengakui dirinya sendiri tidak mempunyai kemampuan yang begitu besar.
Abby turut meluahkan rasa terkilan apabila merasakan pengorbanannya sebagai seorang ibu seperti dilupakan selepas anak-anak semakin dewasa.
View this post on Instagram


“Kalau Mama yg melahirkan pun dibuang mcm tu je, apatah lagi Abah nya… ada pun seakan tiada dibuatnya.”
Dalam hantaran sama, Abby turut mengimbau kehidupannya ketika mengandungkan Danisha dan mendakwa melalui waktu sukar ketika itu sehingga akhirnya bercerai.
Meskipun mengakui berat hati untuk memberikan ucapan ulang tahun, Abby berkata dia tetap mahu berbuat demikian selagi masih diberikan kesempatan.
Malah, Abby turut meninggalkan pesanan supaya anaknya tidak datang sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya dan suami.
“Kalau Mama. Abah, sakit ke, meninggal jgn dtg tau.. uruskan sahaja kehidupan sendiri. Pesan Mama utk yg terrakhir kalinya.”
Abby kemudian mengakhiri hantaran tersebut dengan menulis, “Yg menyesal kawin dgn Norman Hakim”.
Terdahulu, Maria Danisha yang merupakan anak Abby bersama bekas suami, Norman Hakim genap berusia 18 tahun. Norman turut menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya sempena hari kelahiran tersebut.
Maria Danisha dilaporkan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada 17 September 2026, manakala Norman turut berkongsi ucapan khas buat puterinya di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Foto Pakai Seksi & Berpelukan Dengan Lelaki 'Viral', Penyanyi Dan Pelakon Wanita Beri Respon - "Aib, Melampau Sangat"
The post “Mama, Abah Sakit Ke Meninggal Jangan Datang..” – Ucapan Hari Lahir Abby Abadi Buat Anak Jadi Tumpuan, Akui Menyesal Nikah Dengan Norman Hakim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





