Dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan -KSN

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 7:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan perbelanjaan dibuat mengikut peruntukan yang telah disediakan.

KSN enggan ulas lanjut pertikaian MoF & KKDW

Walau bagaimanapun, memetik laporan daripada Harian Metro, beliau dilihat enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian terbuka antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung isu peruntukan.

“Itu kena tanya Tan Sri Johan Mahmood Merican (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).
“Tapi dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar AI Sektor Awam 2026 dan Penyampaian Anugerah Public Sector AI Nexus Challenge 2026.
Image from: Dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan -KSN

Foto: Utusan Malaysia

Isu berkenaan tercetus selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa lalu membangkitkan isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah kementeriannya.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, terdapat kontraktor yang telah melaksanakan projek serta mencapai kemajuan seperti ditetapkan, namun berdepan kelewatan menerima bayaran.

Image from: Dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan -KSN

Foto: Berita Harian

Beliau berkata, kelewatan itu berlaku apabila peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada kementeriannya masih belum diterima.

Namun begitu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican dalam kenyataan pada Rabu dilaporkan berkata, KKDW sejak beberapa tahun lalu telah membuat komitmen serta berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar.

Menurut beliau, pada 2023, perbelanjaan sebenar KKDW berjumlah RM1.8 bilion berbanding RM1.1 bilion peruntukan yang diluluskan.

Image from: Dalam perkhidmatan awam, kena berbelanja sebagaimana yang dibajetkan -KSN

Foto: Bernama

Pada 2024 pula, perbelanjaan sebenar berjumlah RM2 bilion berbanding RM1.3 bilion peruntukan diluluskan, manakala pada 2025, perbelanjaan sebenar mencecah RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion peruntukan diluluskan.

Tahun ini, peruntukan yang diluluskan untuk KKDW berjumlah RM2.1 bilion, manakala perbelanjaan sebenar setakat Jun lalu telah mencecah RM1.9 bilion.

Bagi menangani isu berkenaan, MOF bekerjasama dengan KKDW termasuk mengatur semula peruntukan kementerian berdasarkan keutamaan.

Walau bagaimanapun, kenyataan Johan itu disangkal KKDW yang menegaskan kementerian berkenaan tidak berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek pembangunan, khususnya pembinaan jalan luar bandar.

Sumber: Harian Metro (Syafiqah Damanhuri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved