Dana Zakat RM230 Juta Disyaki Disonglap, Dua Individu Direman SPRM!

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 12:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes mengejutkan melibatkan penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta kini dalam siasatan serius apabila dua individu direman selama empat hari.

Menurut laporan Kosmo, perintah reman itu dibenarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis terhadap dua lelaki berusia antara 57 hingga 61 tahun.

Penyelewengan dana zakat libatkan Timbalan Pengerusi NGO

image is not available

Menurut sumber, kedua-dua suspek merupakan timbalan pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka ditahan dalam satu operasi khas di sekitar Lembah Klang antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.

Reman selama empat hari itu bagi membantu siasatan lanjut kes penyelewengan itu yang sedang dijalankan.

Seorang lagi suspek dibebaskan atas faktor kesihatan

image is not available

Dalam perkembangan sama, seorang lagi suspek yang merupakan pengarah sebuah syarikat pelaburan turut ditahan sebelum ini, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Ketiga-tiga mereka diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin, Ashwida Abd. Samad dan Muhammad Ridhwan Jalaludin.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Pssttt! Amanah melibatkan dana kebajikan bukan perkara kecil. Setiap sen yang disalah guna bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengkhianati kepercayaan masyarakat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Dana Zakat RM230 Juta Disyaki Disonglap, Dua Individu Direman SPRM! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved