DAP akui sukar untuk dapatkan sokongan masyarakat Melayu

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 8:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP akui sukar untuk dapatkan sokongan masyarakat Melayu

KUALA LUMPUR: DAP mengakui usaha menembusi sokongan pengundi Melayu merupakan cabaran besar sehingga kini walaupun penyertaan orang Melayu dalam parti itu meningkat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, bagaimanapun, jumlahnya masih belum mencukupi untuk mengubah persepsi yang telah lama dibentuk terhadap parti berkenaan.

Katanya lagi, antara perkara yang menjadi kekangan dalam masalah tersebut adalah tanggapan bahawa DAP merupakan sebuah parti berasaskan kaum cina, sedangkan perjuangan parti itu berteraskan prinsip sosial demokrasi yang tidak berpaksikan kaum atau agama.

“Cabaran itu memang ada sejak dahulu lagi. Kita perlu jelaskan bahawa DAP bukan parti Cina kerana dasar parti tidak berkait dengan kaum atau agama, sebaliknya mempertahankan keadilan sosial dan demokrasi mengikut lunas Perlembagaan.

“Tetapi dari dulu lagi, DAP dijadikan ‘punching bag’ menggunakan sentimen kaum dan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Sheikh Umar, serangan terhadap DAP berubah mengikut landskap politik semasa.

Mengulas lanjut, katanya lagi, ketika DAP bersama Pakatan Rakyat (PR), parti itu sering menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) yang memainkan isu kaum dan agama, namun selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan, serangan lebih banyak datang daripada Pas.

“Pada awal pentadbiran Kerajaan Perpaduan, pemimpin UMNO tidak lagi menyerang DAP seperti dahulu. Malah ada yang menyatakan DAP bukan ancaman.

“Tetapi apabila Pas tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH), serangan terhadap DAP kembali memuncak, terutama ketika pilihan raya di Negeri Sembilan dan Johor. Ketika itu kita melihat persepsi buruk terhadap DAP terus dimainkan,” katanya.

Mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), katanya, beliau serta pimpinan lain perlu terus memberi penerangan secara tuntas bagi memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya orang Melayu.

“Peningkatan itu memang ada. Di Negeri Sembilan misalnya, kita melihat sokongan Melayu kepada DAP semakin bertambah walaupun masih belum mencukupi.

“Jadi tidak tepat untuk mengatakan orang Melayu langsung tidak menyokong DAP. Sokongan itu wujud, cuma belum besar.

“Malah, kita akan terus turun ke akar umbi memberi penjelasan supaya masyarakat Melayu dapat menilai DAP berdasarkan dasar dan perjuangan sebenar, bukan persepsi yang dibina oleh musuh politik,” katanya. – UTUSAN

The post DAP akui sukar untuk dapatkan sokongan masyarakat Melayu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved