
SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau sedang membuat persiapan untuk mengosongkan kediaman rasmi dan berkemungkinan akan berpindah keluar pada malam ini.
“Saya tengah siap-siap (berkemas) bungkus barang. Mungkin malam ini (pindah). Ada barang perlu dikemaskan (dan) ikan peliharaan semua mungkin esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Tinjauan di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan mendapati suasana tenang tanpa kawalan ketat pasukan keselamatan setakat pukul 6.30 petang ini.
Beberapa kenderaan dilihat berada di pekarangan kediaman dipercayai milik ahli keluarga, namun tiada kehadiran ahli parti.
Setakat ini, petugas media yang berkumpul bagi memantau perkembangan semasa hanya dibenarkan membuat liputan di luar kediaman berkenaan.
Difahamkan, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu masih berada di kediaman rasmi tersebut bagi menyelesaikan urusan perpindahan dan dijangka meninggalkan premis berkenaan pada bila-bila masa.- KOSMO! ONLINE
The post Malam ini saya keluar kediaman rasmi – Aminuddin appeared first on Kosmo Digital.


![[Keputusan Tidak Rasmi] PRN N9: Anthony Loke & Tok Min Kalah [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/anthony-loke-dan-tok-min-kalah.jpg?t=1785645142)



