DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri, letak jawatan exco hari ini

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri, letak jawatan exco hari ini
DAP Melaka diketuai Poay Tiong (tengah) sebelum ni mengambil pendirian membantah usul ADUN Lantikan.
Image from: DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri, letak jawatan exco hari ini
Allex mengambil pendirian meletakkan jawatan sebagai Exco Negeri sekiranya pindaan ADUN Lantikan diluluskan pada Selasa.

MELAKA - DAP Melaka difahamkan bakal membuat keputusan besar dengan mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri petang ini dan meletakkan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam pentadbiran pimpinan BN.

Memetik laporan MalaysiaKini, tindakan itu diambil sebagai protes terhadap pindaan perlembagaan yang dicadangkan untuk memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan.

Menurut laporan itu, difahamkan wakil DAP akan membuat pengumuman berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas kerajaan negeri meneruskan pindaan perlembagaan berkenaan tengah hari ini.

“DAP akan meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan yang disandang sekarang, termasuk seorang exco negeri, dua timbalan exco, seorang timbalan speaker serta semua ketua kampung dan ahli majlis tempatan yang dilantik di bawah pentadbiran negeri.

“Mereka yang meletakkan jawatan daripada jawatan eksekutif ialah Exco Negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen serta Timbalan Speaker, Kerk Chee Yee,” memetik laporan tersebut.

Menurut laporan yang diperoleh dari sumber itu juga memberitahu, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu mengenai keputusan berkenaan Isnin malam itu dan mendapat sokongan CEC.

11 Julai lalu, Seah berkata menerusi hantaran di Facebook menyatakan pendirian bahawa DAP Melaka menentang pengenalan ADUN Lantikan.

**media[3581663]**

Beliau berikrar akan meletak jawatan Exco Melaka serta-merta  sekiranya Sidang DUN pada Selasa tetap meluluskan pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan dengan majoriti dua pertiga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved