DAP patut keluar kerajaan ketika nama Najib dipertimbang dalam senarai pengampunan

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 1:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP patut keluar kerajaan ketika nama Najib dipertimbang dalam senarai pengampunan

MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sepatutnya meletakkan jawatan lebih awal ketika kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam senarai pengampunan, sekiranya benar-benar berpegang kepada prinsip.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli berkata, tindakan Anthony meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sebenarnya sudah terlambat.

Beliau berkata, Anthony bersama pemimpin DAP lain termasuk Hannah Yeoh sepatutnya mengancam untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan langkah itu.

“Kalau Anthony berprinsip, kalau DAP berprinsip dalam soal ini, agaknya bila patut letak jawatan? Ketika Anwar merancang untuk menaikkan nama Najib dalam senarai pengampunan.

“Pada masa itu Anthony, DAP dan Hannah sepatutnya sudah beritahu Anwar, jika beliau meneruskan keputusan itu kerana mahu menggembirakan UMNO, mereka akan menarik diri daripada kerajaan.

“Barulah Anwar takut, barulah perkara itu tidak berlaku dan keputusan itu dibatalkan. Itu baru menunjukkan prinsip. Kalau dia letak jawatan pada masa itu, saya fahamlah dan saya akan berikan pujian kepadanya,” katanya.

Mohd. Rafizi turut mempersoalkan keberkesanan tindakan Anthony tetapi 40 Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan melepaskan jawatan menteri tetapi mengekalkan sokongan terhadap kerajaan tidak mencerminkan ketegasan prinsip seperti didakwa.

Mohd. Rafizi berkata, sikap terlalu berkira dalam membuat keputusan politik menyebabkan pemimpin gagal mempertahankan prinsip apabila berdepan perkara yang bercanggah dengan pendirian mereka.

“Prinsip itu namanya prinsip kerana ia tidak boleh digerak-gerakkan. Kalau prinsipnya mengatakan kita tidak boleh memberi kelebihan kepada orang seperti itu, maka ia adalah garis merah.

“Apabila garis merah itu dilanggar, habislah. Tetapi itu bukan yang berlaku,” katanya. – UTUSAN

The post DAP patut keluar kerajaan ketika nama Najib dipertimbang dalam senarai pengampunan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved